Saturday, May 31, 2008

Teringat Nenek..

Tadi terbaca blog orang dia teringat kat arwah atuk dia..

Aku pun terus teringat kat arwah nenek aku. Nenek aku lelaki yer.. bukan perempuan macam kebiasaannya. Tak kisah la apa pun jantinanya, tapi itu hanya gelaran untuk dia yang berpangkat datuk kepadaku.

Aku adalah cucu kesayangan nenek. Aku tau aku cucu kesayangangnya pada waktu itu. Kadang-kadang, kasih sayangnya membuatkan Mak Su cemburu.

Nenek selalu bagi aku hadiah..
Nenek akan bagi barang kemas untuk setiap peperiksaan penggal yang aku dapat nombor 1. Kecik-kecik dulu, aku pandai.. setiap penggal aku dapat nombor 1.
Paling takut bila nenek nak bawak aku pegi tindik telinga sebab dia nak hadiahkan subang. Menagis macam x cukup air mata melalak... Huahuahua...

Tapi biasa la budak-budak.. kanak-kanak riang masa tu.. Semua barang kemas yang nenek bagi semua dah hilang.. :D

Nenek suka bagi aku coklat Crispy. Hari-hari pegi ambik Mak Su balik sekolah, mesti dia belikan aku Crispy. Dulu-dulu coklat tu besar, tebal dan lagi crunchy. Sampai sekarang aku suka makan Crispy.

Paling tragis masa pemergian nenek. Nenek pergi masa aku perlukan semangat dia untuk pertandingan bercerita. Masa tu aku baru Darjah 4. Aku layak untuk masuk pertandingan Bercerita Peringkat Negeri Selangor. Aku masih ingat, tajuk cerita aku ialah " Kisah Mashitah"

Kawan-kawan ingat sape Mashitah?
Beliau merupakan Tukang Sikat Firaun yang keluarganya direbus hidup-hidup kerana memeluk Islam.

Nenek meninggal dunia masa aku lagi seminggu nak bertanding. Aku sangat sedih dan terus putus semangat nak masuk pertandingan tu. Gara-gara sedih dah terasa kehilangan, aku buat perangai.
Aku minum minum air sejuk, makan ais krim banyak-banyak.. Semua benda-benda yang boleh menjejaskan suara aku buat.

Akibatnya aku batuk yang sangat teruk.. Atas pentas masa tengah bercerita tu aku batuk teruk sampai nangis.. Judges naik atas stage pujuk aku.

Kali terakhir aku ziarah nenek, nenek bagi aku RM10. Katanya untuk buat belanja masa pertandingan nanti. Tapi Allah S.W.T lebih sayangkan nenek, aku x sempat guna duit tu nenek dah tak ada.

Semoga roh nenek di cucuri rahmat-NYA.
Apis sayang kat nenek...

A good life is a collection of happy memories.

Friday, May 30, 2008

Yey! Separuh Gumbira...

Tak tau kenapa hari ni aku rasa sangat happy. Kesimpulannya seminggu ni rasa mcm ada "kupu-kupu dalam perut".

May be sebab dah nak balik kampung kot..

May be sebab dah nak dekat last day aku kat sini kot..

May be sebab My Dear MR ckp nak bincang dengan ayah pasal kami minggu depan..

May be sebab My Dear MR dapat intrview kat Penang. (Harap sangat dia dapat keje tu.. Walaupun baru interview, aku tak kira.. aku nak excited jugak. At least ada.. )

May be sebab hari ni dah gaji..

May be sebab malam ni nak pegi makan Pizza n tengok wayang dengan gang PCB. (Ari tuh dah janji ngan derang klu dapat keje kat situ aku blanja mkn.)

May be sebab hari ni hari Jumaat..

Apa-apa pun...

A good life is a collection of happy memories.

Wednesday, May 28, 2008

Belajar dan Diganggu...

Saya sangat nye la mengantuk pagi-pagi ni. :(

Ni semua gara-gara Reza kacau aku kul 1am. Melayan dia dengan luahan hati yang ntah ke mana-mana peginya. Ni bukti aku dah berbaik balik ngan MR best friend ku.
Kan aku dah cakap, "Friends are forever" Hehehehe....

Malam tadi jugak aku study Algebra sampai tengah malam. Stay up beria macam esok nak pekse je. Hehehe... Bukan saja-saja nak stay up yer.. Tapi wat home work; preparation tuk class ari Khamis ni. Memang aku study semua balik dari mula..

Aku baru noticed satu benda ni, memula tu macam payah jugak aku nak flash back segala formula yg ada.

a2-2ab+b2= (a-b)2
a2+2ab+b2= (a+b)2

Kawan-kawan masih ingat benda ni? Honsetly cakap, aku dah tak ingat. Kalo tetiba ada org tanya suruh factorized kan equation, hmmmm malu aku nak buat depan dia.. :D.

Perkara yang saya noticed ialah; kenapa la pick up aku tak sepantas sekarang, masa skolah kat Bainun dulu? Sebenarnya senang je benda tu. Tapi agaknya masa tu aku kecik lagik, kepala tak penah nak serious bab study. Ingat nak main jer yang lebih.

Dulu masa Trial PMR aku siap fail lagi Math Paper. Pas tu bila cikgu suruh bukak buku wat latihan, aku pun tak tau mana dah pegi buku aku time tu. Bila cikgu meround je, aku sibuk la kenen-kenen kat meja sebelah kononnya kami share buku cikgu. Hihihi.. ( Membuka pekung di dada)
Dah kena marah hebat ngan ayah n ummi, baru la insaf. Alhamdulillah dapat jugak aku A Math.

Haaa sebut pasal PMR, aku teringat adik aku Saufi, dulu dia lagi la langsung tak belajar.
Kami 1 skolah asrama kat Bainun jugak. Dia kalau balik umah langsung tak de bawak buku utk ulangkaji. Jangan kan kata buku, pensel sebatang pun x de.
Dia pun sama cam aku, balik umah sibuk dengan CD game. Time tu mana ada lagi PS Game. Ummi geram sangat dgn dia, Ummi sorok berkotak-kotak CD game dia sampai dia nangis. Haha padan muka.

Lagi yang wat aku nak tergelak, esok dia ada paper Sejarah. Malam tu time prep datang jumpa aku.
"Kak long, macam mana ni saya langsung tak study apa-apa Sejarah esok."

Nasihat aku ialah, " Kamu pinjam buku latihan sape-sape yang dah berjawab, kamu baca je la sampai tido.. " Hehe tak kan nak suruh dia struggle dari 1st chapter kan.

Rezeki dia agaknya, aku tak terkejut pun dia dapat 8A time tu.

Apa pun aku bersyukur sebab aku sampai ke tahap ni. Walaupun aku sedar tak la hebat langsung, tapi sekurang-kurang nya ada la sikit..
A good life is a collection of happy memories.

Tuesday, May 27, 2008

Berdebar-debar jantung ku'

Lagi dekat nak sampai last day aku kat sini, lagi berdebar-debar rasa jiwa raga..
Excited ada la sikit-sikit, tapi takut tu yg lagi lebih dari segala-galanya..

Tadi boss baru suruh aku register tuk training Matlab kat tenet. Hoho Matlab!!! Lama btol aku dah tak usik Matlab. Jangan kata Matlab, segala jadah programming pun dah lama terkubur.

Huishhhh risau btol aku rasa..

Tu la yang buat aku tetiba over saiko hari ni.
Nanti update lagi.. Nak balik.

-tata-
Malam ni nak collect duit tuition. Yey!
A good life is a collection of happy memories.

Monday, May 26, 2008

Just a weekend

Nothing much happened on last weekend.

Layan movies sambil baring-baring.

My old friend, (ED the part time actor, part time model, part time web designer) [Ed jgn marah aku promot ko ek. Henset dah 3G canggih la tu dari aku yang serba sederhana ni.] he called wishing me go down to Kuala Kangsar for our former classmate's wedding Wan Nurul Liza.

Sorry dear, i couldn't make it. Eventhough my tuituon class was cancelled, but it is too late to plan for a trip, driving alone plus blom gaji lagi ar.. Tak syiokkk kan nak jalan kalo x de duit..

Grabbing this opportunity to clear up my ordinary messy bed room.
Haiyaa.... so busy no time to do house keeping. Everything delayed, books all around on the floor, Mount Kinabalu of laundry, fan full of dust and of cours dust were everywhere here and there.

Yey! my work dah SELESAI.

A parent called asking they need Math teacher urgently. Huahuahua... another chance of making money!!!
Meet them disccussing about time table because I only available on Thursday night.

At the same time, me worried about focusing too much and out of focus of another.
I pray to GOD, give me strength to keep everything balance.

A good life is a collection of happy memories.

 
template by suckmylolly.com