Friday, June 6, 2008

This is the DAY

Hari ni my last day kat sini.

Dari semalam dah kemas-kemas apa yang patut. Aktiviti mengosongkan drawer di jalankan secara besar-besaran. Banyak jugak la barang-barang antik yang dah tak ingat datang dari mana tetiba jumpa balik.

Dari pagi tadi proces mencuci PC. Sume data nak kena pindah ikut sekali ngan tuan.

Yang paling penting mengarang farewell email tuk balik karang.

Uih tak leh nak bayang cam mana ye aku nak pegi salam2 boss... (Sape nak ikut temankan I?? malu la nak pegi sorang2..)

Semua senyum simpul tu mesti palsu belaka.. Standard la tu nak greet orang kena la buat-buat ramah. Ye tak?

Excited jugak sebab baru 1st time nak rasa pengalaman mengresign kan diri.

1st job dulu pun pengalaman jugak. Tapi tu pengalaman diri diterminatekan in 24hrs notice.

Bodo btol! Kitorang berempat budak-budak hingusan ni, baru nak menapak dah dihempap dgn pengalaman macam tu. Sib baik bagi duit.. Kalo tak, aku makan sorang2 boss kat situ. Hehehe....
Selamat dah pun, that company dah tak exist dah pun sekarang. Kena makan ngan alien.

A good life is a collection of happy memories.

Tuesday, June 3, 2008

Who's Fault???

A good life is a collection of happy memories.

Monday, June 2, 2008

Sila jawab soalan saya...

Indiana Jones is ridiculous.
Instead of diorg terkejarkan benda yang ntah apa2 baik la derang cari sejarah or artifact kisah Hang Tuah lagi aku leh terima.
Cool jugak Indy korek pasal Hang Tuah kan. hehehe... mengarut.
Banyak sangat benda yg tiba-tiba "eh mana dia dapat obor tu??" EH itu.. EH ini..
mmm kesimpulannya, kenapa la last2 nya alien yang ko taksub sangat nak cari tu Indy??? Keciwaaaa I tau...

Pizza Hut just nice n quite cheap actually. Lower than my budget. Its good rite??? heheheh...
Yang pasti sume kekenyangan sampai ada yg tobat x mo makan pizza 2 bulan.
huahuahua... i will see bole tahan ke tak... :D

Pegi anta repair jeans kat kedai repair jeans. Heheh mesti la kat kedai repair jeans kn.. Tak kan la anta jeans kat kedai roti kot.
4 pasang suar aku terbiar.. Sume dah menggelebeh.. Dah tak bole nak pakai..
Ni dah nak keje tempat baru, derang bagi baju je... suar sendiri supply. Terpaksa la aku recycle suar2 yang masih elok tu.. Buat apa membazir kan.. Ermmm tu pon kena kat RM60.

Baju Melayu abg dah amik smlm. Nanti I claim balik tau. :D
Then trus g anta kecikkan kain. Adoiii sume benda nak kena otter. Kalo aku ada skill mengotter, lama dah aku buat sndiri.

Tag: Kenapa manusia tak pernah cukup dengan apa yang dia ada?? Adakah aku je yang ada perasaan macam tu?? Atau korang-korang pun sama je macam aku...

A good life is a collection of happy memories.

Saturday, May 31, 2008

Teringat Nenek..

Tadi terbaca blog orang dia teringat kat arwah atuk dia..

Aku pun terus teringat kat arwah nenek aku. Nenek aku lelaki yer.. bukan perempuan macam kebiasaannya. Tak kisah la apa pun jantinanya, tapi itu hanya gelaran untuk dia yang berpangkat datuk kepadaku.

Aku adalah cucu kesayangan nenek. Aku tau aku cucu kesayangangnya pada waktu itu. Kadang-kadang, kasih sayangnya membuatkan Mak Su cemburu.

Nenek selalu bagi aku hadiah..
Nenek akan bagi barang kemas untuk setiap peperiksaan penggal yang aku dapat nombor 1. Kecik-kecik dulu, aku pandai.. setiap penggal aku dapat nombor 1.
Paling takut bila nenek nak bawak aku pegi tindik telinga sebab dia nak hadiahkan subang. Menagis macam x cukup air mata melalak... Huahuahua...

Tapi biasa la budak-budak.. kanak-kanak riang masa tu.. Semua barang kemas yang nenek bagi semua dah hilang.. :D

Nenek suka bagi aku coklat Crispy. Hari-hari pegi ambik Mak Su balik sekolah, mesti dia belikan aku Crispy. Dulu-dulu coklat tu besar, tebal dan lagi crunchy. Sampai sekarang aku suka makan Crispy.

Paling tragis masa pemergian nenek. Nenek pergi masa aku perlukan semangat dia untuk pertandingan bercerita. Masa tu aku baru Darjah 4. Aku layak untuk masuk pertandingan Bercerita Peringkat Negeri Selangor. Aku masih ingat, tajuk cerita aku ialah " Kisah Mashitah"

Kawan-kawan ingat sape Mashitah?
Beliau merupakan Tukang Sikat Firaun yang keluarganya direbus hidup-hidup kerana memeluk Islam.

Nenek meninggal dunia masa aku lagi seminggu nak bertanding. Aku sangat sedih dan terus putus semangat nak masuk pertandingan tu. Gara-gara sedih dah terasa kehilangan, aku buat perangai.
Aku minum minum air sejuk, makan ais krim banyak-banyak.. Semua benda-benda yang boleh menjejaskan suara aku buat.

Akibatnya aku batuk yang sangat teruk.. Atas pentas masa tengah bercerita tu aku batuk teruk sampai nangis.. Judges naik atas stage pujuk aku.

Kali terakhir aku ziarah nenek, nenek bagi aku RM10. Katanya untuk buat belanja masa pertandingan nanti. Tapi Allah S.W.T lebih sayangkan nenek, aku x sempat guna duit tu nenek dah tak ada.

Semoga roh nenek di cucuri rahmat-NYA.
Apis sayang kat nenek...

A good life is a collection of happy memories.

Friday, May 30, 2008

Yey! Separuh Gumbira...

Tak tau kenapa hari ni aku rasa sangat happy. Kesimpulannya seminggu ni rasa mcm ada "kupu-kupu dalam perut".

May be sebab dah nak balik kampung kot..

May be sebab dah nak dekat last day aku kat sini kot..

May be sebab My Dear MR ckp nak bincang dengan ayah pasal kami minggu depan..

May be sebab My Dear MR dapat intrview kat Penang. (Harap sangat dia dapat keje tu.. Walaupun baru interview, aku tak kira.. aku nak excited jugak. At least ada.. )

May be sebab hari ni dah gaji..

May be sebab malam ni nak pegi makan Pizza n tengok wayang dengan gang PCB. (Ari tuh dah janji ngan derang klu dapat keje kat situ aku blanja mkn.)

May be sebab hari ni hari Jumaat..

Apa-apa pun...

A good life is a collection of happy memories.

Wednesday, May 28, 2008

Belajar dan Diganggu...

Saya sangat nye la mengantuk pagi-pagi ni. :(

Ni semua gara-gara Reza kacau aku kul 1am. Melayan dia dengan luahan hati yang ntah ke mana-mana peginya. Ni bukti aku dah berbaik balik ngan MR best friend ku.
Kan aku dah cakap, "Friends are forever" Hehehehe....

Malam tadi jugak aku study Algebra sampai tengah malam. Stay up beria macam esok nak pekse je. Hehehe... Bukan saja-saja nak stay up yer.. Tapi wat home work; preparation tuk class ari Khamis ni. Memang aku study semua balik dari mula..

Aku baru noticed satu benda ni, memula tu macam payah jugak aku nak flash back segala formula yg ada.

a2-2ab+b2= (a-b)2
a2+2ab+b2= (a+b)2

Kawan-kawan masih ingat benda ni? Honsetly cakap, aku dah tak ingat. Kalo tetiba ada org tanya suruh factorized kan equation, hmmmm malu aku nak buat depan dia.. :D.

Perkara yang saya noticed ialah; kenapa la pick up aku tak sepantas sekarang, masa skolah kat Bainun dulu? Sebenarnya senang je benda tu. Tapi agaknya masa tu aku kecik lagik, kepala tak penah nak serious bab study. Ingat nak main jer yang lebih.

Dulu masa Trial PMR aku siap fail lagi Math Paper. Pas tu bila cikgu suruh bukak buku wat latihan, aku pun tak tau mana dah pegi buku aku time tu. Bila cikgu meround je, aku sibuk la kenen-kenen kat meja sebelah kononnya kami share buku cikgu. Hihihi.. ( Membuka pekung di dada)
Dah kena marah hebat ngan ayah n ummi, baru la insaf. Alhamdulillah dapat jugak aku A Math.

Haaa sebut pasal PMR, aku teringat adik aku Saufi, dulu dia lagi la langsung tak belajar.
Kami 1 skolah asrama kat Bainun jugak. Dia kalau balik umah langsung tak de bawak buku utk ulangkaji. Jangan kan kata buku, pensel sebatang pun x de.
Dia pun sama cam aku, balik umah sibuk dengan CD game. Time tu mana ada lagi PS Game. Ummi geram sangat dgn dia, Ummi sorok berkotak-kotak CD game dia sampai dia nangis. Haha padan muka.

Lagi yang wat aku nak tergelak, esok dia ada paper Sejarah. Malam tu time prep datang jumpa aku.
"Kak long, macam mana ni saya langsung tak study apa-apa Sejarah esok."

Nasihat aku ialah, " Kamu pinjam buku latihan sape-sape yang dah berjawab, kamu baca je la sampai tido.. " Hehe tak kan nak suruh dia struggle dari 1st chapter kan.

Rezeki dia agaknya, aku tak terkejut pun dia dapat 8A time tu.

Apa pun aku bersyukur sebab aku sampai ke tahap ni. Walaupun aku sedar tak la hebat langsung, tapi sekurang-kurang nya ada la sikit..
A good life is a collection of happy memories.

Tuesday, May 27, 2008

Berdebar-debar jantung ku'

Lagi dekat nak sampai last day aku kat sini, lagi berdebar-debar rasa jiwa raga..
Excited ada la sikit-sikit, tapi takut tu yg lagi lebih dari segala-galanya..

Tadi boss baru suruh aku register tuk training Matlab kat tenet. Hoho Matlab!!! Lama btol aku dah tak usik Matlab. Jangan kata Matlab, segala jadah programming pun dah lama terkubur.

Huishhhh risau btol aku rasa..

Tu la yang buat aku tetiba over saiko hari ni.
Nanti update lagi.. Nak balik.

-tata-
Malam ni nak collect duit tuition. Yey!
A good life is a collection of happy memories.

Monday, May 26, 2008

Just a weekend

Nothing much happened on last weekend.

Layan movies sambil baring-baring.

My old friend, (ED the part time actor, part time model, part time web designer) [Ed jgn marah aku promot ko ek. Henset dah 3G canggih la tu dari aku yang serba sederhana ni.] he called wishing me go down to Kuala Kangsar for our former classmate's wedding Wan Nurul Liza.

Sorry dear, i couldn't make it. Eventhough my tuituon class was cancelled, but it is too late to plan for a trip, driving alone plus blom gaji lagi ar.. Tak syiokkk kan nak jalan kalo x de duit..

Grabbing this opportunity to clear up my ordinary messy bed room.
Haiyaa.... so busy no time to do house keeping. Everything delayed, books all around on the floor, Mount Kinabalu of laundry, fan full of dust and of cours dust were everywhere here and there.

Yey! my work dah SELESAI.

A parent called asking they need Math teacher urgently. Huahuahua... another chance of making money!!!
Meet them disccussing about time table because I only available on Thursday night.

At the same time, me worried about focusing too much and out of focus of another.
I pray to GOD, give me strength to keep everything balance.

A good life is a collection of happy memories.

Friday, May 23, 2008

Kakak Nurul Nangis :(

Semalam nangis sebab kena marah dengan ummi n ayah.
Kena marah sebab nak beli kereta ummi n ayah kata nanti dulu.

"Kereta tu kan elok lagi. Lagi pon dah nak abis bayar. Tak nyempat-nyempat dah ke? "

Ummi cakap, "kalau Kak Long dah kawin, Ummi pun x nak masuk campur dah urusan Kak Long. X de pening2 dah kepala Ummi nak mikir masalah anak-anak. "

Kecik ati aku Ummi cakap macam tu. Kalau macam tu x mo kawin la. Kalau kita dah kawin mak bapak dah tak payah jaga anak perempuan dia ke???

Mana aci!!! Aku tak kira! Aku nak jugak Ummi n Ayah yang jaga aku even aku dah kawin pun. Haaa baru la best kan.. :D

Mengadu kat My Dear MR. Konon-konon nak mintak simpati. Huh! Again kena marah lagi.
Alasan:
"Kenapa x de nak bincang apa2 pun dengan abg? Dulu bole je nak bagi tau nak buat apa-apa. Kali ni kenapa pandai-pandai buat keputusan sendiri? Tau la abg orang luar tak de hak nak amik tau. Tau la abg ni tak sama taraf, sebab tu buat abg macam ni kan. Padan muka kena marah. Lain kali buat la lagi. "

Ishk!!! Tension la aku macam ni.

Kelmarin Nani nangis..
Semalam Kakak Nurul pulak nangis.

Abg cakap Ayah n Ummi tengah marah. Lagipun diorg tak tau apa reason nak beli kereta tu.
Nanti esok diorang dah sejuk, explain la balik sebab apa.

Ayah, Ummi... Saya minta maaf.
Abg.. Im sorry.

Malam semalam nangis yang sangat hebat. Bangun pagi mata bengkak macam kena sengat tebuan. Rasa macam nak pakai spek itam g ofis pagi td.

Kesian saya tau.. :(
A good life is a collection of happy memories.

Thursday, May 22, 2008

Nani oh Nani..

Semalam Nani ku meragam. Kali ni kow2 punya meragam..
Mujurlah aku diberi kesabaran di tahap separa maxima. Kalau tidak selamat dah Nani kena penangan 5 posen ikhlas dariku...

Ibu Nani pujuk Nani suruh bangun. " Nani, Bangun la Kakak Nurul dah sampai tu".

Untuk melengahkan masa, aku dihidangkan nasi untuk makan malam.. Aku yang dah separuh bloated ni menjamah la setakat yang termampu.
Dah nak abis makan... Nani masih belum bangun lagi. Hmmmm nak kena Nani ni... 1/2 jam dah terbazir macam tu jer..

Tiba-tiba...
Gedegangggggggggg!!! Pintu bilik kena slammed. Nani pun keluar sambil menghentak-hentak kakinya. " ORANG TAK NAK, TAK NAK LA!!! KENAPA NAK PAKSA-PAKSA!!!!"

OMG, Nani... tak baik cakap dengan mak macam tu tau.. Bisik Kakak Nurul dalam hati je la. :D

Nani bangun basuh muka.. Dush!!! Terus duduk kat kerusi belajar. Muka moncong macam kerang tak berapa nak comel.

Kakak Nurul pun jadi serba salah, tak tahu nak mula macam mana.. Masa terus berjalan..

Kakak Nurul tanya Nani,
"Nani ok? Nani nak belajar ke tak nak? Nani tak boleh marah-marah macam ni.. Kalau kita malas, macam mana nak pandai. Kita kena lawan malas tu"

Nani senyap jer... Aku cakap ngan kayu kot. Hmmmm....
Kakak Nurul tanya Nani lagi,
"Nani marah dengan Mak yer?? Mak cite kat akak kucing Nani mati. Sebab tu Nani tak nak dengar cakap Mak. Tapi Mak bukan sengaja nak langgar kucing Nani. Mak pun sedih kucing Nani mati."

Terus Nani nangis.. Alamak dah nangis pulak dia. Aku kena pujuk Nani.
Rupa-rupanya Nani sedih sebab kucing dia mati mak dia langgar dengan kereta. Sebab tu Nani buat perangai. Alahai kesian Nani...

15 min sesi memujuk, baru la Nani ok.

Nani dah ada semangat nak belajar. Banyak latihan Math yang Nani bole buat semalam.
Kakak Nurul bagi Nani 2 biji Chocolate Ball sebab Nani rajin belajar dan sebab hadiah BIRTDAY Nani.

:D itu lah Nani saya!

A good life is a collection of happy memories.

Tuesday, May 20, 2008

Mixed UP

1. Happy Teacher's Day!

Thank you to my:

Ustazah2 kat Tadika Islam Tg Malim

Cikgu2, Teacher2, Head Master, Sek Keb Hulu Bernam

Sir yg pernah ajar tuition masa skolah rendah.. Zaman hingusan ku.

Cikgu2, Teacher2, Head Master yang garang (MR Husin Khamdi) Sek Men Keb Raja Permaisuri Bainun

Tutors,Lecturers, Deans of Universiti Tenaga Nasional

Tutors of SHRDC (Kobayashi-San, Fukaya-San) (PCB Design Analogue)

Now, unofficially I am also a teacher.
Now i know how my teacher's feelings about being a teacher. They really hoping for their products to success in life. They are very honest giving the best they can to their students.

HaPpY TeAcHeR's DaY to everybody who have been a teacher!

2. Baru balik holiday.

3. Counting the days.

4. Finishing my last creation before my last day.

Wishing everybody :D with their life.

-tata-

A good life is a collection of happy memories.

Wednesday, May 14, 2008

Selesai sudah.... kot

Yey!!!

Alhamdulillah.. akhirnya selesai satu stage setelah mendapat kata putus and confirmation dari pihak yang berkenaan..
Dah bole mulakan aktiviti karang-mengarang. :D

Syukur alhamdulillah. x rugi aku selalu yakin bahawa setiap yg jadi, pasti ada hikmah nya. Teringat aku dgn isu yg membuat aku berasa sangat down dan kecewa akibat pembahagian kerja ari tu, ari ni tuhan dah murahkan rezeki aku.

Rupa-rupanya ni hikmah yang menanti sebab tu, aku x dapat project yg pernah buat aku tersangat sedih dulu.

Kata kunci: Kita kena sabar dengan setiap yg terjadi.

Hari ini jugak, rezeki ku bertambah lagi. Aku dapat lagi sorang anak murid. So skarang, Cikgu Nurul dah ada 7 org anak murid. Aku kena lebih bijak dan perlu lebih master dalam pembahagian masa.

Semoga aku lebih kuat dengan tanggungjawab yang telah diberikan. I have to keep both side in balance. Career baru aku, home tutor aku, masa utk diri sendiri, masa utk kawan2, dan masa utk family tercinta dan insan tersayang.

Wish me LuCk!
A good life is a collection of happy memories.

Aduhai!!!!!

Konflik jiwa melanda.
Tersepit di tengah-tengah.
Aku yang haru-biru menunggu.
Sakit segala organ badan ku dek perasaan debar menanti jawapan.
Penyelesaian sudah hampir jelas, tetapi masih agak kabur di celah-celah.
Betul la kat org, " Penantian itu satu penyiksaan"

A good life is a collection of happy memories.

Thursday, May 8, 2008

3 by 3 by 3 by 3

Ni la akibatnya kalau dah ketertaketahuan apa nak buat.

3 points of 3 persons around:

Aries
- He is a Filipino.
- My Senior a.k.a my sen-sei in Sanyo.
- Kadang-kadang perangan macam budak-budak tp umo dah 30+

MR BEH
- My new boss in Sanyo, Mr Ooi dah resign last week.
- Hari-hari macam takut nak tengok muka dia sebab dia tau aku x de keje. ( X larat nak pretend bz)
- Nampak macam boss yang OK n bole get long ngan sume org.

Maisarah
- Kawan aku dari kat SHRDC masa baru lps grad dulu. Sampai sekarang setia betul stay serumah n seoffice.
- Dia dah wat rambut curly tapi version panjang, x kontot macam masa memula masuk Jaalaa dulu.
- Bf dia kat Jepun x tau bila baru balik. Tapi mysa dah baik skrg. NO more flirting outside. Tabik kat ko!

3 points of 3 persons in my mind:

Reza Hafez
- My very best MR Best Friend, start kawan since we were 14 y.o. (Sebab hari ni kencang ber-email2 ngan dia je)
- Ari tu gaduh besar, akibatnya dia celeb b'day kat KL jer. Sorry la babe..
- Tempat tuk aku mengarut meraban and kadang-kadang sangat kecik ati dengan mulut dia yg macam cili api. (but i know u didn't mean anything.. klu ada pon aku wat x de jek..)

Siti Murni
-Sebab sekarang tgh chat ngan dia kat YM.
-Si ibu dalam pantang ni bole tahan jugak.. Baru beranak dah sibuk YM. Tapi tu dulu la.. Skarg ni dah nak abis pantang kot.
-Dia dapat baby boy, tapi nama dah lupa. Owh yer FYI, dia ni kawan skolah aku kat Bainun dulu.

Kuih BOM
-Teringin sebelum pegi break tadi, dengan harapan dapat telan sebijik. uwaaaa ari ni x de kuih BOM. :(
-Dia bulat ada inti kacang ijau kat dalam salut ngan bijan
-Aunty jual satu 6 posen. Mahal ya amat kan???

3 points of 3 persons i missed very much:

My parent
- Of course every moment i miss my ummi n my ayah.
- Dah 2 ari tak call diorang.. Malam karang balik class nak call la kejap. Nanti ayah merajuk kata anak dia sombong. :)
- Saya sayang sangat-sangat-sangat kat ayah dan ummi. Muahhh.. Muahhh.

Mr Dear MR
- Rindu jugak kadang-kadang.. Tapi baru je jumpa minggu lepas.
- Semalam sembang best kisah lelaki ego. But i do appreciate him sebab dia dah tak kira ego nak story kat aku hal yg wat dia rasa nak nangis.
- I sayang you jugak. Muahhh..

My Cats
- I have 9 cats. (hehe banyak kan)
- Jenny + Jonny the parent
- 'Mok' (sebab dia sangat gemoks) + 'Putih' (sebab full body white n grey socks) + 'Itam' (sebab full body stripe black and grey) the elder brother n sisters
- 3 little kittens x de nama lagi. ( dah di booking oleh Pu3 and future husband )
-------------------------

Yey! td CIMB dah call suruh amik check kat bank. Pas ni x mo dah masuk kat CIMB.
OK aku dah kena flu sebab sejuk sangat. :(

A good life is a collection of happy memories.

ENTAH la labu...

Saya kesejukan.
Malas nak bangun off aircond.
Otak kering idea.

Malam kang ajar Nani Math. Kata ibunya next week dia Exam Mid Term.
Yey! bole dapat instant cash.
But bare in mind do not take it easy because it is your responsibilities.

Owh yer.. bilakah cheque ku akan clear ni.
Lama dah nunggu. :(
Nyesal pegi masukkan kat CIMB. Leceh..

Nampaknyer k ina dah senang hati org yang ditunggu dah pulang.
She happy, i am happy too. Cewah.. ;)

Mysa kalo g beli choco ball jap lagi, belikan utk aku skali yer.
Mengidam pulak rasa.
-YUMMY-

Me with MR Best Friend dah getting better.
Hari ni dah bole layan chatting kat Outlook.
Theme: Friendship Never End.

Sampai bila aku nak macam ni?
SAYA DAH BOSAN!
Lama-lama otak pon bole lembab. Aiyooooo!!!!!

Eh kenapa aircond ni sejuk sangat hari ni? Ke kandungan lemak dah menyusut? (perasaan perasan kurus) -wiwi-
Aries kat depan ni elok je maintain.
Doremon please turn off the aircond for me!
My butt was stucked macam dah kena UHU gam kat kusi nih.

Yey jap lg 3.05pm. Tea break time.
Nak makan kuih BOM kalau aunty ada jual.

A good life is a collection of happy memories.

 
template by suckmylolly.com