Semalam Nani ku meragam. Kali ni kow2 punya meragam..
Mujurlah aku diberi kesabaran di tahap separa maxima. Kalau tidak selamat dah Nani kena penangan 5 posen ikhlas dariku...
Mujurlah aku diberi kesabaran di tahap separa maxima. Kalau tidak selamat dah Nani kena penangan 5 posen ikhlas dariku...
Ibu Nani pujuk Nani suruh bangun. " Nani, Bangun la Kakak Nurul dah sampai tu".
Untuk melengahkan masa, aku dihidangkan nasi untuk makan malam.. Aku yang dah separuh bloated ni menjamah la setakat yang termampu.
Dah nak abis makan... Nani masih belum bangun lagi. Hmmmm nak kena Nani ni... 1/2 jam dah terbazir macam tu jer..
Tiba-tiba...
Gedegangggggggggg!!! Pintu bilik kena slammed. Nani pun keluar sambil menghentak-hentak kakinya. " ORANG TAK NAK, TAK NAK LA!!! KENAPA NAK PAKSA-PAKSA!!!!"
OMG, Nani... tak baik cakap dengan mak macam tu tau.. Bisik Kakak Nurul dalam hati je la. :D
Nani bangun basuh muka.. Dush!!! Terus duduk kat kerusi belajar. Muka moncong macam kerang tak berapa nak comel.
Kakak Nurul pun jadi serba salah, tak tahu nak mula macam mana.. Masa terus berjalan..
Kakak Nurul tanya Nani,
"Nani ok? Nani nak belajar ke tak nak? Nani tak boleh marah-marah macam ni.. Kalau kita malas, macam mana nak pandai. Kita kena lawan malas tu"
Nani senyap jer... Aku cakap ngan kayu kot. Hmmmm....
Kakak Nurul tanya Nani lagi,
"Nani marah dengan Mak yer?? Mak cite kat akak kucing Nani mati. Sebab tu Nani tak nak dengar cakap Mak. Tapi Mak bukan sengaja nak langgar kucing Nani. Mak pun sedih kucing Nani mati."
Terus Nani nangis.. Alamak dah nangis pulak dia. Aku kena pujuk Nani.
Rupa-rupanya Nani sedih sebab kucing dia mati mak dia langgar dengan kereta. Sebab tu Nani buat perangai. Alahai kesian Nani...
15 min sesi memujuk, baru la Nani ok.
Nani dah ada semangat nak belajar. Banyak latihan Math yang Nani bole buat semalam.
Kakak Nurul bagi Nani 2 biji Chocolate Ball sebab Nani rajin belajar dan sebab hadiah BIRTDAY Nani.
:D itu lah Nani saya!
A good life is a collection of happy memories.
4 owh yer ke..:
sweetnya
berapa umur nani?
cik noi...kiter faham perasaan awak sbg cikgu, sebab kiter penah wat kejer2 part time cam awak nie waktu blajar dulu..hehehe.....
kene byk2 besabar k..
nak2 lagi bebudak zaman sekarang...
inaz: Nani saya berumur 13 tahun, a.k.a dah Form 1. Dia montel-montel dan mmg sngat comel.
cik believe: time kasih.. mmg kena sabar pon. kalo x, selamat dah anak org. hahahah... :D
ek eh..sabo nye cikgu nurul kiter ni melayan kerenah bebudak....hmph baiknye cikgu nurul..kalo aku lantak la budak tu..hehe...wink ;p
Post a Comment