Seem this post is going to be the 100th, i nak amik kesempatan ni to wish Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin to dear readers. ( haha x de kaitan kan 100th post ngan wish raya)
-Aidilfitri 2008-
" Anak muda di rantauan; semuanya pulang ke desa..
Ibu dan ayah keriangan; bersyukur tak terkira.."
Raya kali ni paling ramai sedara sepupu sepapat ku berkumpul. Macam nak roboh rumah atuk dengan cucu-cucunya yang dah nak dekat 60 orang. Sepuluh dari 12 adik beradik ayah balik raya tahun ni..
Kami buat doa selamat sebagai tanda kesyukuran, Allah satu kan kami satu keluarga yang sangat besar. Aku nampak atuk menangis melihat keletah dan gelagat anak beranak keturunannya.
Sempena dengan raya ni jugak, merupakan Hari Lahir ayah yang ke 50 tahun. Ayah adalah anak atuk yg sulung daripada 12 adik beradik. Ramai kan... :D
Aku tau mesti raya tahun ni, hadiah 'birthday' paling bermakna buat ayah..
Ayah dapat bekumpul dengan keluarga dan adik-beradik kat kampung..
Dan, yang paling penting hajat ayah sempena raya tahun ni termakbul. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan ayah.
Thanks Saufi sebab bahagiakan ayah, sebab tunaikan permintaan ayah.. Betul la kata "lagu raya", hari raya semua ahli keluarga akan berkumpul.
Alhamdulillah.
Tak kurang jugak adik beradik sebelah ummi. Sekali diorg serang, x cukup tangan aku dibuatnya. Penuh betul jadinya rumah ayah.
Hari yang sama jugak, abg datang beraya dengan baju melayu nyer.. Siap bersamping lagi.. (ni nak datang raya ke, nak menikah ni???) hahaua... tak pe la. janji hensem! Thank you for coming dear. Muahhhh..
Kesimpulannya, hari raya tahun ni sangat bermakna buat aku.. Masa ari raya ari tu rasa biasa je raya aku tahun ni. Tapi masa tengah tulis blog ni, flash back balik... baru terasa Aidilfitri 2008 sangat bermakna buat aku.
Semoga ada lagi keindahan Aidilfitri untuk kita semua pada tahun-tahun yang akan datang..
p/s: Azima, tak tau kenapa raya tahun ni kita asyik teringat awak je. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin yer. I miss you!
A good life is a collection of happy memories.
Tuesday, October 7, 2008
100th & Hari Raya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 owh yer ke..:
Dear Noi,
Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari Siti dan keluarga. Sungguh syahdu Siti baca entry kali ni. Hehe.. tak sabar nak tunggu Noi ajak makan nasi minyak ni ;)
Hi! siti..
Raya siti lagi happenning kan sebab ada zara. Bila balik penang? nak bagi duit raya kat zara ni.
Nasi separa minyak, InsyaAllah noi akan jemput nanti k. ;)
Jemput Datang Beraya Rumah kaktiny pada 18.10.08 yer..
allo noi,baru sempat baca blog noi. sorry sgt tak dpt jumpa baru ni.. selamat hari raya to you too bebeh!!tak sabar jugak tunggu noi kawin...jgn lupa kite tau
hi Ima! Its ok. kita dapat borak kat tepon ari tu pun noi dah legaaaa.
uih kawen?? sabo2 ima. nnt noi wat press mcm mawi kat tv1 eh. :D
Post a Comment